Sejarah Shah Alam

Hari ini, kita akan membincangkan Shah Alam, sebuah bandar yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Shah Alam mungkin tidak sepopular Kuala Lumpur atau Penang, tetapi ia adalah sebuah bandaraya yang menarik dengan banyak ciri-ciri yang menarik. Mari kita mula dengan merungkai keunikan bandar ini secara santai.

Bandar Shah Alam, terletak di Negeri Selangor, adalah salah satu daripada bandar-bandar paling pesat membangun di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan yang penuh dengan sejarah, budaya, dan inovasi moden yang hebat. Sejak penubuhannya pada tahun 1963, Bandar Shah Alam telah menjalani perkembangan yang pesat, menjadi destinasi utama untuk penduduk serta pelancong. Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi perkembangan bandar yang menarik ini dan melihat faktor-faktor yang telah menjadikannya seperti yang kita lihat hari ini.

Sejarah Shah Alam

Shah Alam, dinamakan sempena Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor yang ke-11. yang memerintah negeri Selangor pada waktu itu, Kawasan Shah Alam, yang sekarang kita kenali, dahulu dikenali sebagai Sungai Renggam atau Batu Tiga (sebelum kemerdekaan).

Sebelum itu, Kuala Lumpur merupakan ibu negeri Selangor. Tetapi selepas Kuala Lumpur dianugerahkan status Wilayah Persekutuan dan menjadi ibu negara Malaysia , Shah Alam dipilih sebagai lokasi baharu ibu negeri Selangor.

Sebelum kawasan ini dibangunkan menjadi bandar baru serta ibu negeri kawasan ini merupakan kawasan tanaman getah dan kelapa sawit yang subur.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang, membuatkan lokasi Bandaraya Shah Alam sebagai bandaraya yang strategik kedudukanya.

Pembangunan bandar ini adalah satu pencapaian baharu dalam sejarah moden Malaysia, kerana ia merupakan bandar terancang pertama selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957.

Datuk Bandar pertama Shah Alam, Dato’ Haji Abu Sujak Haji Mahmud, mempunyai visi untuk menjadikan bandar ini sebagai bandar moden dengan identiti unik sebagai Bandaraya Melayu. Selaras dengan visi ini, Shah Alam juga dikenali sebagai bandar pertama di dunia yang mengamalkan larangan terhadap pusat hiburan untuk memerangi maksiat.

Jaringan pengangkutan dan kemudahkan infrastrutur yang lengkap.

Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuh raya-lebuh raya utama di Klang Valley seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Federal Highway , Lebuhraya LAKSA,  Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel kereta api  melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.

LRT 3 Shah Alam menjadi salah satu komponen penting dalam jaringan pengangkutan awam di Shah Alam. Mula dirancang pada tahun 2010 sebagai langkah mengurangkan kesesakan di lebuh raya persekutuan atau lebih dikenali sebagai federal highway. Ketika artikel ini ditulis. Projek LRT 3 Shah Alam masih belum siap. Dijangka apabila siapnya LRT 3 kelak. Ianya akan menghubungkan Glenmarie sehingga ke Johan Setia, Klang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga terletak 40 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam.

Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kesas dan jalan keretapi Komuter yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.

Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan Smart Selangor Bus. Perkhidmatan RapidKL menghubungkan penduduk Shah Alam ke kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Manakala perkhidmatan bas secara percuma Smart Selangor Bus menghubungkan seksyen-seksyen dalam sekitar Bandaraya Shah Alam.

Kawasan Industri yang moden dan Tersusun.

Disebabkan Bandaraya Shah Alam merupakan kawasan yang strategik dan dihubungkan dengan pelbagai jenis lebuhraya dan pelabagai jenis pengangkutan awam. Bandaraya Shah Alam juga mempunyai kawasan perindustrian yang pertama.

Diantara nama-nama besar industri yang menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai lokasi kilang mereka ialah PROTON , TOYOTA , VOLVO, dan banyak lagi.

Kini, apabila negara beralih daripada industri yang berasaskan buruh yang murah kepada industri lebih berdaya maju, Shah Alam menempatkan diri sebagai hub pengangkutan bagi menampung keperluan pengedaran kargo kecil ke seluruh Malaysia.

Pertumbuhan Ekonomi yang Pesat

Salah satu faktor utama yang mendorong perkembangan Shah Alam adalah pertumbuhan ekonomi yang pesat. Bandaraya ini mempunyai beberapa zon perindustrian dan perdagangan yang terkenal, termasuk Seksyen 15, Seksyen U1, dan Seksyen 7. Syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa telah membuka kilang-kilang dan pejabat-pejabat di sini, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan tempatan.

Sektor peruncitan dan perkhidmatan juga berkembang pesat di Shah Alam. Terdapat banyaj pusat-pusat membeli-belah moden seperti i-City , Setia City Mall, Plaza Alam Sentral, Plaza Shah Alam dan Aeon Mall Shah Alam yang menawarkan pelbagai pilihan kepada penduduk dan pengunjung.

Pendidikan dan Inovasi

Pendidikan adalah aspek penting dalam perkembangan Shah Alam. Bandar ini mempunyai beberapa institusi pengajian tinggi terkemuka seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Malaysia Science University , Politeknik Sultan Sallehuddin Shah, dan Universiti Industri Selangor (UNISEL). Ini menjadikan Shah Alam pusat pendidikan yang penting di Selangor dan Malaysia.

Selain daripada pendidikan, Shah Alam juga menggalakkan inovasi dan teknologi. Bandar ini memiliki pusat-pusat penyelidikan seperti SIRIM yang mempunyai ibu pejabatnya disini.

Keindahan dan Rekreasi

 

Shah Alam juga dikenali dengan landskap hijau yang indah dan pelbagai taman serta tempat rekreasi. Taman Tasik Shah Alam adalah tempat popular untuk aktiviti luar, manakala Taman Botani Shah Alam menawarkan pemandangan tumbuhan yang menarik. Selain itu, Taman Botani Negara juga terletak di Shah Alam. 

Share:

More Posts

Send Us A Message

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00